Sunday, 14 January 2018

CARA MUDAH HILANGKAN SELSEMA


11 CARA LEGAKAN HIDUNG TERSUMBAT DENGAN BERKESAN

1. ELAK HEMBUS HIDUNG DENGAN KUAT
Ia akan menyebabkan masalah tersumbat lebih teruk dan membran lembut dalam hidung bertambah radang.


2. PASANG HUMIDIFIER/VAPORIZER
Stim yang keluar daripada humidifier/vaporizer membantu mendapatkan tidur yang lena kerana ia membuka ruang pernafasan dengan lebih luas.


3. MANDI AIR PANAS
Wap yang keluar daripada haba panas membantu melancarkan pernafasan. Jika tidak mahu mandi, memadai menyedut wap panas.


4. SEDUT WAP PANAS
Masak air panas dan masukkan dalam bekas. Sedut wap panas sehingga selesa bernafas.


5. MINUM & MAKAN CECAIR YANG BANYAK
Amalkan pengambilan cecair seperti air, sup dan teh herba yang banyak sewaktu hidung tersumbat.
Ini kerana ia akan mengurangkan mukus dalam hidung yang menyebabkan hidung tersumbat.


6. TUAM KAWASAN HIDUNG
Basahkan tuala dengan air panas dan tekap kawasan batang hidung.
Elak letak pada laluan udara. Lakukan berulang kali hingga anda dapat legakan hidung tersumbat dan bernafas dengan selesa.


7. SAPU MINYAK
Sebelum tidur, sapu minyak aromaterapi seperti eucalyptus, minyak tea tree, atau krim yang sesuai pada leher dan dada untuk memudahkan pernafasan.


8. HIDU ‘VAPOUR RUB’
Sapu ‘vapour rub’ pada tisu dan hidu. Menthol dan eucalyptus di dalamnya memberi kelegaan pada hidung yang tersumbat.


9. PAKAI PELEKAT PADA HIDUNG
Pelekat hidung ini biasanya untuk orang berdengkur.
Meskipun fungsi utama ‘nasal adhesive strip’ ini adalah untuk mengurangkan dengkur, namun ia juga boleh membantu pernafasan dengan selesa.


10. MAKAN MAKANAN PEDAS
Perasan kan bila sedang seronok makan pedas, air akan keluar daripada hidung.
Jadi makanlah pedas untuk membantu mengeluarkan lebihan cairan dalam hidung yang membuatkan hidung tersumbat.


11. CALIT ‘PEPPERMINT OIL’ DI BAWAH HIDUNG
Tuang setitik ‘peppermint oil’ pada jari dan calit di bawah hidung.


Tarik nafas dalam-dalam


MUDAHNYA LEGAKAN HIDUNG TERSUMBAT!

Segera lakukan cara di atas untuk mengelakkan hidung tersumbat. Mudah, murah, dan berkesan!
Memang tidak selesa bila berada dalam keadaan ini kerana ia boleh mengganggu kehidupan seharian.

credit: siraplimau.com

Saturday, 13 January 2018

Kenal tak MUA Bellaz?

Eh mommy minat sungguh la dengan mua Bellaz ni tau.

First time mommy dengar dia beletiaq kat live fb sambil-sambil tutorial make-up tu, mommy terus jatuh cinta dengan beliau. Muda lagi dah berjaya tau. Bukan senang dari zero to hero macam tu. Mommy sangatlah adore dengan dia.

Mula-mula mommy adore sebab dia cukup pandai entertain followers dengan beletiaq dia tu. So mommy cuba follow dia rapat-rapat, then baru mommy tau kisah hidup dia sebelum berjaya tu tak seindah yang kita bayangkan. Macam tulah sayang-sayang semua, kita tengok dia happy-happy je sentiasa, kat belakang kita, sebelum Bellaz dikenali ramai tu, banyak kisah sedih dia. Tapi Bellaz ni sejenis yang tak suka layan meroyan tah hape-hape tu. Sebab tu Bellaz boleh berjaya.

Orang yang berjaya ni sebenarnya dalam diri dorang ada semangat yang sangat kental dan kegigihan yang takde pada orang lain. Dan perlu uolls tahu, mostly orang yang berjaya bermula dari susah. Sikit sangatlah percentage yang family dah memang kaya dan berjaya and u pun berjaya.

So tahniah pada Bellaz, teruskan menjadi diri Bellaz yang sekarang. Tak kira betapa hebat pun Bellaz, always jadi manusia yang rendah hatinya, tak sombong dongak ke langit ye.

Mommy love u Bellaz.

Sarang-hamnida πŸ’–

Tips gembirakan hati yang sedih!

Semua orang akan mengalami fasa kemurungan kan? Kita murung ni sebab apa tau? Sebab perasaan sedih yang kita layan layankan sangat. Sebab tu kalau kita sedih jangan layan sangat, mood boleh spoil woo.

Tak caye mommy cakap?

Mommy pun pernah muda remaja jugak uolls. Pengalaman hidup ni mendewasakan mommy. Macam-macam dah mommy pernah hadap dalam hidup ni tau selama umur mommy ni yang mengenalkan mommy erti tabah dan kental dalam diri.

Nak tak ikut tips mommy untuk gembirakan hati bila sedih? Tapi tips mommy ni tips gembirakan hati ikut category sedih tau. Well mommy rasa memang betul pun sedih ni ada category dia jugak.

1) Sedih tapi takde hal la sangat.

Mommy suka bila sedih tu mommy nangis je sampai penat, and bila dah penat mommy akan tanyakan pada diri mommy, yang aku nangis sungguh-sungguh sangat ni apesal? kan dah penat. Then mommy akan gelak sorang-sorang. Sometimes kan perempuan ni suka sangatlah buat benda tah hape-hape. Sedihnya sikit je, tapi layan nangis tu macam tengok cite hindustan. hahaha.

2) Sedih yang memang betul-betul rasa sakit dihati.

Bila mommy rasa sedih disebabkan benda yang besar berlaku kat mommy, dalam erti kata lainnya, sedih sebab perkara yang memang perlu disedihkan dan mommy perlu ubat hati mommy ni betul-betul sampai tenang. Ok bila keadaan macam ni, mommy lebih suka buat aktiviti luar tau, mommy sejenis yang suka jogging, hiking, climbing, and others outdoor activities. As for mommy, this is the best therapies that will heal my pain. Korang boleh cubalah nanti.

Paling berkesan sekali adalah hiking. Sebab hiking take time untuk sampai ke puncak, at the same time kita berjalan sepanjang bukit tu dengan pemandangan yang menghijau. Its calming. Bila kita tenang, fikiran akan positive dan kita akan dapat melihat masalah kita sebagai suatu tanda Allah menyayangi kita dan Allah masih memandang kita. Sesuatu untuk kita syukuri. 

3) Sedih sebab musibah melanda.

Kita doakan semoga takdelah musibah teruk-teruk melanda diri kita ni kan. Tapi kita tak tau in the future, so kalaulah dilanda musibah satu hari nanti kat uolls, berbaliklah pada Allah. Semua ni pun datang dari Allah kan. Bukan senang nak terima dan hilangkan sedih and buat macam takde ape-ape berlaku. Yes mommy faham susahnya, but sayang-sayang semua bila kita redha dengan ujian dan musibah, Allah akan gandakan kasih sayang buat kita. Itu yang kita nak kan?

Sedih ni, macam gula-gula kehidupan je sayang-sayangku. Macam mana kita rasa happy, macam tu jugaklah sedih. Happy sedih, susah senang tu, semua nya adalah bahan blend untuk ceriakan hidup kita dan buatkan kita firm dengan kehidupan. Takkan ada manusia hidupnya happy sahaja dan takkan ada jugak manusia hidupnya sedih sepanjang zaman. Allah tu maha adil sayangku. Tak pernah ada dalam sejarah kehidupan manusia sepanjang masa bahagia tanpa airmata. 

Yang ada cumalah kita redha dengan ujian, walau sesedih mana pun kita akan terlihat gembira dan bahagia.

Teringat member mommy masa kat universiti dulu cakap, ''ko susah takpe beb, yang penting mental kena kuat''. Betul kata-kata ni. Bila mental kita lemah, masalah sikit, mula nak meroyan. Mommy bukan nak membebel ye, mommy nak share je.

Akhir kata dari mommy,

Bersukalah sebanyaknya
Bersedihlah seadanya
Berbahagialah secukupnya
Kerana dirimu begitu berharga..

Sarang-hamnida πŸ’–

Jom Isi masa lapang dengan menulis!

Hai korang.

Lamanya tak menulis, tah jadi apa dah dengan bunga bahasa bila nak start menulis semula ni. hehehe. 

Dek kerana boring tak tahu nak buat ape, mommy pun tergerak hati la nak bukak blog lama mommy, blog ni buat masa belajar dulu-dulu lagi uolls. Berhabuk dah blog aku rupanya.

fuhh fuhhhhh.

Nasib baik hidup lagi kau ye. Terus mommy rasa nak menulis. Bestnya boleh sharing kan. Hope ada la yang baca.

Best rupanya menulis ni, tapi kan kena ingat bukan semua benda boleh ditulis dan dikongsikan. Berpada-padalah kan jangan sampai cerita dalam kain pun habis nak angkut muat dalam blog jugak.

Ramai jugak kenalan mommy kat FB tu yang duk buat perangai macam ni tau. Mommy tau boring jadi suri rumah ni, nak-nak lagi kalau yang belum ada anak tu kan. Mommy faham, so mommy cadangkan jomlah kita ramai-ramai menulis benda-benda yang berfaedah, bermanfaat, boleh sharing-sharing. Bila kita share benda-benda yang baik ni kan, orang ikut kita pun dapat ganjaran jugak. Betul tak?

Keep calm and write good things. Ok?

Sarang-hamnida πŸ’–