Lamanya tak menulis, tah jadi apa dah dengan bunga bahasa bila nak start menulis semula ni. hehehe.
Dek kerana boring tak tahu nak buat ape, mommy pun tergerak hati la nak bukak blog lama mommy, blog ni buat masa belajar dulu-dulu lagi uolls. Berhabuk dah blog aku rupanya.
fuhh fuhhhhh.
Nasib baik hidup lagi kau ye. Terus mommy rasa nak menulis. Bestnya boleh sharing kan. Hope ada la yang baca.
Best rupanya menulis ni, tapi kan kena ingat bukan semua benda boleh ditulis dan dikongsikan. Berpada-padalah kan jangan sampai cerita dalam kain pun habis nak angkut muat dalam blog jugak.
Ramai jugak kenalan mommy kat FB tu yang duk buat perangai macam ni tau. Mommy tau boring jadi suri rumah ni, nak-nak lagi kalau yang belum ada anak tu kan. Mommy faham, so mommy cadangkan jomlah kita ramai-ramai menulis benda-benda yang berfaedah, bermanfaat, boleh sharing-sharing. Bila kita share benda-benda yang baik ni kan, orang ikut kita pun dapat ganjaran jugak. Betul tak?
Keep calm and write good things. Ok?
Sarang-hamnida 💖
No comments:
Post a Comment