Kesian sungguh mommy tengok dia main sorang-sorang sebab baba ada kerja kat luar, mommy pulak tengah period pain teruks ni.. Azab weh period pain tiap-tiap bulan ni. Mood pun dah macam lalang la hadoiiii. 😣. Swing habesss.
Ok back to basic, korang tolong la share dengan mommy aktivity hujung minggu dengan anak-anak yang boleh buat anak happy hanya dengan main dalam rumah. Mommy betul-betul perlukan bantuan korang ni. Sebab tiap-tiap bulan mommy akan kena period pain, yang magicnya asal nak period je mesti hujung minggu. So, dalam sebulan mesti ada hujung minggu yang suram untuk mommy anak beranak sebab permaisurinya dah rebah menyembah tilam je..
Serius mommy kesian tengok anak, dia pulak yang beriya-iya bawak macam-macam mainan nak hiburkan hati mommy. Siap tadi dia amik lego dia buat bentuk cake and masuk bilik sambil nyanyi "happy birthday to you, happy birthday to mommy.." Hahahah. Thanks sayang.
Sayang-sayang semua, tolong eh, share kat komen bawah tau. Nanti kalau banyak sangat idea korang bagi, mommy akan buat satu entry khas untuk aktiviti hujung minggu yang korang suggestkan.
Sarang-hamnida 💖
![]() |
| Gambar last week kat Dataran Putrajaya |
